Caj – Nyahenap Cemar Domestik

 
Kategori Kadar Caj(RM/bulan)
Rumah kos rendah dan Kuarters Kerajaan dalam kategori F, G, H dan I RM192.00 untuk kitaran 24 bulan atau RM8/sebulan bagi tangki septik terletak dalam sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan
RM192.00 untuk kitaran 36 Bulan atau RM5.33/sebulan bagi tangki septik terletak luar sempadan kawasan pihak berkuasa tempatan)
Rumah di Kampung, Kampung Baru dan Estet
Premis dan Kuarters Kerajaan dalam kategori A, B, C, D dan E
Premis dengan sistem tangki septik tidak standard dan tradisional (palong) RM260 bagi saiz tangki < 2.5m3
RM390 bagi saiz tangki > 2.5m3 – 4.5m3
RM130 bagi tambahan setiap meter padu untuk tangki melebihi 4.5m3

"Premis Domestik" ertinya mana-mana premis yang dibina, didirikan, disesuaikan atau dicadangkan untuk digunakan secara eksklusif bagi kediaman penduduk.

"Rumah Kediaman Kos Rendah" ertinya mana-mana premis domestik/kediaman yang diklasifikasikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Negeri sebagai "rumah kos rendah".

"Rumah Kediaman Estet" eritnya mana-mana premis domestik yang terletak di atas tanah yang diiktirafkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan untuk tujuan pertanian di bawah seksyen 52 dan 53 Kanun Tanah Negara 1965. Di atas tanah tersebut di mana premis domestik berkenaan adalah terletak dan meliputi tanah yang digunakan untuk tujuan atau tujuan-tujuan mengusahakan tanaman (termasuk pokok-pokok yang diusahakan untuk hasilnya), tanaman untuk dipasarkan, membiak serta membela madu lebah, ternakan dan reptilia, dan kultur-akuatik.

"Rumah kediaman perkampungan baru"ertinya mana-mana premis domestik yang terletak atas tanah yang telah diiktirafkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai "perkampungan baru".

"Rumah kediaman kampung" ertinya mana-mana premis domestik yang terletak di atas tanah yang diisytiharkan sebagai kampung oleh Pihak Berkuasa Negeri bersamaan dengan Seksyen 11 Kanun Tanah Negara 1965, atau dianggap seperti yang sepatutnya sebagai sebuah kampung mengikut Seksyen 442 Kanun Tanah Negara 1965.

"Kuarters Kerajaan" Gred A, B, C, D, E, F, G, H, & I adalah ditakrifkan mengikut Perintah Am (Bab E).

CAJ PEMBATALAN PERKHIDMATAN (ABORTIVE CHARGE)
RM80 bagi setiap perjalanan (per trip) • Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu gagal memberi akses yang mencukupi kepada tangki septik bagi maksud membolehkan tangki septik itu dinyahenap cemar;
• Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu enggan membenarkan perkhidmata nyahenap cemar yang telah dijadualkan dijalankan; atau
• Pemegang lesen perkhidmatan itu mendapati bahawa tangki septik itu kosong apabila diperiksa.
 

APAKAH CAJ PEMBATALAN PERKHIDMATAN NYAH ENAPCEMAR? (Abortive Charges)

Mengikut Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Caj Perkhidmatan Pembetungan) 2022, Caj Pembatalan Perkhidmatan merujuk kepada fee atau kos yang dikenakan apabila aktiviti atau perkhidmatan yang dirancang atau dipersetujui dibatalkan atau dihentikan tanpa notis. Caj ini biasanya dikenakan untuk menampung kos atau kerugian yang ditanggung oleh pihak yang menyediakan perkhidmatan disebabkan pembatalan tersebut.

IWK mengenakan caj pembatalan ini seperti yang tertakluk didalam Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air, (Caj Perkhidmatan Pembetungan) 2022 Subperaturan 7(1)(2) : Caj Pembatalan Perkhidmatan Nyahenap Cemar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh membaca di sini

 

CAJ PEMBATALAN PERKHIDMATAN UNTUK PENGOSONGAN TANGKI SEPTIK ATAU NYAH ENAPCEMAR IWK DIKENAKAN APABILA :

  1. Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni sesuatu premis hendaklah membayar caj pembatalan perkhidmatan nyahenap cemar selepas suatu notis bertulis dikeluarkan oleh pemegang lesen perkhidmatan di bawah Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) 2021 jika—
    1. Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu gagal memberikan akses yang mencukupi kepada tangki septik bagi maksud membolehkan tangki septik itu dinyahenap cemar;
    2. Pemilik, perbadanan pengurusan atau penghuni premis itu enggan membenarkan perkhidmatan nyahenap cemar yang telah dijadualkan dijalankan; atau
    3. Pemegang lesen perkhidmatan (IWK) itu mendapati bahawa tangki septik itu kosong apabila diperiksa
 

CAJ PEMBATALAN PERKHIDMATAN TIDAK DIKENAKAN APABILA:

  1. Pelanggan terpaksa membatalkan permintaan atas alasan yang sah, seperti kematian, kecemasan berhubung kesihatan, bencana alam atau keadaan yang tidak diduga seperti kehilangan kunci rumah atau kerosakan kenderaan.
  2. Pasukan Nyah Enapcemar IWK tiba di premis pada waktu atau tarikh yang berbeza daripada yang dipersetujui.
  3. Perkhidmatan nyah enapcemar tidak dapat dilaksanakan kerana masalah yang memerlukan perkhidmatan tambahan bagi membolehkan pasukan Nyah Enapcemar IWK menjalankan pengosongan tangki septik premis tersebut.