Mengeluarkan Sekatan

Sekatan persendirian merujuk kepada mana-mana sekatan dalam saluran paip pembetungan persendirian seperti di dalam ilustrasi di bawah.

Bayaran pendahuluan perlu dijelaskan sebelum perkhidmatan mengeluarkan sekatan di saluran paip pembetungan dalaman atau di dalam kawasan premis, dijalankan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini tertakluk kepada ketersediaan sumber kami dan pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih kontraktor persendirian untuk mengeluarkan sekatan.

No Perkhidmatan Caj berkuatkuasa 15/06/2008 (RM))
1 Mengeluarkan sekatan persendirian dengan“Rodding” – Pelanggan pembetungan IWK (Domestik)
  • Bagi premis Domestik and kuarters Kerajaan.
  • Caj sebanyak RM180.00 setiap lurang pembetungan
180.00
2 Mengeluarkan sekatan persendirian dengan “Rodding” – Pelanggan pembetungan IWK (Komersial)
  • Bagi premis Komersial, Perindustrian dan Kerajaan.
  • Caj sebanyak RM220.00 setiap lurang pembetungan
220.00
3 Mengeluarkan sekatan persendirian dengan “Rodding” – Bukan pelanggan pembetungan IWK.
  • Caj sebanyak RM450.00 setiap lurang pembetungan
450.00
4 Mengeluarkan sekatan persendirian dengan “Water Jettor” 3500L.
  • Caj sebanyak RM800.00 setiap lurang pembetungan
800.00
5 Mengeluarkan sekatan persendirian dengan “Water Jettor” 8000L.
  • Caj sebanyak RM1,000.00 setiap lurang pembetungan
1000.00
6 Mengeluarkan sekatan persendirian dengan “Sewer Cleaning Vehicle “
  • Caj sebanyak RM1,400.00 setiap lurang pembetungan
1400.00
 

Sila dapatkan resit pembayaran daripada kakitangan atau wakil IWK.

Keutamaan diberikan untuk pengeluaran sekatan awam. Walau bagaimanapun, permintaan untuk mengeluarkan sekatan pada saluran paip pembetung persendirian akan dibuat secara responsif. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami berhampiran kawasan anda.