Objektif & Sistem

Sistem Rawatan Kumbahan

Sejak lima puluh tahun dahulu, pelbagai kaedah sistem rawatan kumbahan telah dibangunkan untuk menjaga kesihatan orang awam dan persekitaran. Bagi kawasan di bandar, populasi adalah padat dan persekitaran tidak dapat menampung bahan buangan maka sistem rawatan yang canggih telah berkembang dan ini menghasilkan efluen berkualiti tinggi. Sistem yang lebih mudah telah digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti-komuniti lebih kecil namun piawaian persekitaran yang meningkat menunjukkan komuniti-komuniti ini juga memerlukan sistem rawatan yang lebih baik.

Terdapat dua jenis sistem utama di Malaysia. Sistem pembetungan bersambung adalah yang paling biasa, manakala yang lain adalah Tangki Septik Individu atau Tangki Septik Komunal. Selain daripada itu, terdapat sistem yang lebih tradisional seperti tandas curah dan jamban, yang kebanyakannya terdapat di kawasan luar bandar.

Objektif Rawatan Kumbahan

Dengan pertambahan bilangan penduduk, ini akan memberikan tekanan kepada alam sekitar, mengancam sumber air bersih dan ini jelas menunjukkan bahawa masalah sisa pembuangan manusia memerlukan pengurusan yang lebih teratur.

Sejak awal tahun 1900-an, terdapat evolusi rawatan kumbahan yang stabil ke arah loji rawatan sistem kumbahan yang moden dan mampu menghasilkan efluen yang berkualiti tinggi serta dapat dilepaskan ke alam sekitar dengan selamat atau digunakan semula.

Lebih banyak pembangunan rawatan kumbahan telah dijalankan demi meningkatkan tahap kebolehpercayaan dan kecekapan sesuatu sistem rawatan kumbahan. Ini adalah untuk memenuhi piawaian-piawaian dan mengurangkan keluasan tanah yang diperlukan untuk kerja-kerja rawatan dengan mempercepatkan kadar rawatan semulajadi di bawah syarat-syarat terkawal.

Walau bagaimanapun, rawatan kumbahan masih tertumpu kepada penyingkiran bahan-bahan terapung, rawatan organik terbiodegradasi dan penyingkiran organisma patogenik.