Polisi Perlindungan Data Peribadi untuk Laman Web Indah Water
Indah Water Konsortium Sdn Bhd ("IWK", atau "kami") meminta anda untuk membaca Polisi Perlindungan Data Peribadi ini (" Polisi") dengan berhati-hati kerana ia mengandungi maklumat penting berkenaan dengan bagaimana kami memproses dan menggunakan data yang diberikan oleh anda melalui laman web ini. Sila ambil perhatian bahawa hanya data peribadi yang melibatkan transaksi komersial sahaja yang tertakluk dibawah polisi ini.
Kami tidak mengumpul apa-apa data peribadi atau data peribadi yang berhubung secara tidak langsung dengan anda apabila anda mengunjungi laman web ini kecuali anda memilih untuk memberikan data peribadi tersebut kepada kami. Sekiranya anda memberikan kami data peribadi anda melalui laman web ini, adalah dimaklumkan bahawa data peribadi anda dan maklumat lain diberikan dalam permohonan pendaftaran untuk menggunakan laman web IWK dan termasuk sebarang maklumat tambahan yang akan diberikan anda (secara kolektif dirujuk sebagai "data peribadi"), akan digunakan dan diproses bagi tujuan yang tersebut:-
- mempertimbangkan permohonan anda untuk pendaftaran penggunaan laman web IWK;
- mempertimbangkan permohonan pekerjaan anda untuk menyertai IWK (sekiranya ada);
- untuk berhubung dengan anda;
- untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
- melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
- untuk menyediakan maklumat tentang servis-servis yang diberikan IWK; dan
- jika relevan, apa-apa maksud lain sebagaimana yang dinyatakan didalam Polisi Privasi untuk Laman Web Indah Water.
Untuk memproses data peribadi anda, kebenaran anda adalah diperlukan. Jika anda tidak bersetuju dengan tujuan yang dinyatakan diatas ("Tujuan"), kami tidak boleh memproses data peribadi anda untuk apa-apa Tujuan diatas dan tidak akan dapat meluluskan permohonan anda untuk pendaftaran bagi penggunaan laman web IWK.
Secara amnya, kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak yang berikut:
- ejen-ejen dan penyedia perkhidmatan (termasuk yang berada di luar negara) yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Tujuan data peribadi anda dikumpulkan;
- pihak ketiga (termasuk yang berada diluar negara) yang menyediakan perkhidmatan pemprosesan data;
- mana-mana individu, yang berada dibawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengaku janji untuk memastikan data peribadi tersebut dirahsiakan;
- mana-mana penyerah hak sebenar atau penerima hak milik, peserta atau sub-peserta hak-hak IWK atau perniagaan milik IWK.
Kami tidak menzahirkan data peribadi anda kepada pihak ketiga yang tidak terlibat tanpa kebenaran daripada anda. Walau bagaimanapun kami akan menzahirkan data peribadi anda jika dikehendaki untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau secara niat baik, jika tindakan itu adalah perlu untuk (i) mematuhi kehendak mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau (ii) melindungi dan mempertahankan hak atau harta IWK dan yang berkaitan, dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan.
Jika anda hendak membuat sebarang aduan atau pertanyaan atau pembetulan atau permintaan akses terhadap data peribadi anda, sila hubungi:
Compliance Officer
Indah Water Konsortium Sdn Bhd
No 44, Jalan Dungun,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-27801100
Faks: 03-2780 1101.
Emel: compliance@iwk.com.my
Kami akan menyemak dan mengemaskini Polisi ini dari masa ke semasa untuk menggambarkan perubahan dalam undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan kami, prosedur dan struktur, dan perubahan jangkaan privasi masyarakat. Anda perlu menyemak Polisi ini dari masa kesemasa untuk memastikan anda mengetahui versi terbaru polisi setiap kali anda mengunjungi laman web ini.
Walaupun secara amnya sukar untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan kepada Polisi ini, versi terbaru Polisi boleh didapati di halaman ini, atau sila hubungi kami untuk mendapatkan versi terbaru Polisi pada bila-bila masa.