Pengenalan

 

Pengenalan


 

Pendaftaran ini adalah untuk mewujudkan suatu Daftar Kontraktor dan Pembekal bagi kerja-kerja tender di Indah Water dan perolehan barangan dan perkhidmatan. Hanya Kontraktor dan Pembekal yang berdaftar sahaja akan disenaraikan dalam senarai jemputan tender dalam mana-mana projek Indah Water.

Borang pendaftaran disediakan secara percuma dan boleh diperolehi daripada seluruh pejabat Indah Water. Tiada bayaran pendaftaran yang dikenakan untuk pendaftaran biasa.

Kategori Butiran
a. Kerja-Kerja Pembinaan Utama Loji Rawatan Kumbahan, Saliran Pembetungan dan Stesen Pam, Perkhidmatan Khusus

Loji Rawatan Kumbahan: Pembinaan loji rawatan kumbahan baru, Menaik taraf loji rawatan kumbahan yang sedia ada, pembinaan kemudahan rawatan enapcemar, stesen pam utama.

Rangkaian pembetungan dan stesen pam: Pembinaan pembetung, lurang, laterals, pam stesen perantaraan, force main, penempatan semula dan pengalihan pembetung yang sedia ada.

Kerja-kerja membaikpulih kategori 2&5 dan 3&4
  • Kerja-kerja membaikpulih kategori 2&5: Kerja-kerja Sivil dan Struktur. Pagar, dinding bata dan pintu gerbang, lurang pembetungan, penutup ruang pemeriksaan, jeriji dan railings, step iron, landings dan handrails, pintu dan tingkap, jalan masuk dan pergerakan kenderaan dalaman, longkang air, pemotongan rumput dan pokok, pembuangan sampa, pemotongan rumput, penyemburan racun herbicide, pengecatan.
  • Kerja-kerja membaikpulih kategori 3&4: Kerja-kerja Mekanikal, Elektrikal & Pengosongan Tangki Septik:

Perkhidmatan Khusus: Terowong mikro, menaikkan paip.
b. Kerja-kerja pembinaan kecil Kerja-kerja pembinaan kecil di bawah pengawasan O & M.
c. Kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal Membaikpulih: bekalan kuasa, panel, pencahayaan, pendawaian dan mekanikal perlindungan kilat: penstocks, skrin dan penyingkiran grit, alat penjelas aliran dan pengikis, paip dan injap, kawalan pam, peralatan pemprosesan, media.

Operasi M&E: membaiki pam dan peralatan kecil, panel kawalan elektrik.
d. Kerja-kerja Operasi Penyelenggaraan Pemotongan rumput, pengosongan tangki septik individu, perkhidmatan pembersihan, perkhidmatan keselamatan, perkhidmatan pemeriksaan elektrikal, sump cleaning, penyelenggaraan rangkaian, pelupusan sampah, kerja-kerja paip dan CCTV.
e. Penyelenggaraan STP Operasi & Penyelenggaraan bagi Loji Rawatan Kumbahan mengikut Skop Kerja yang ditentukan.
Kategori Butiran
Bekalan Am  
Peralatan utama Pam/ Pengudaraan / Blower
Peralatan kecil Peralatan penyelenggaraan operasi kecil / kelengkapan/ injap
Peralatan keselamatan Tripod/ pengesan gas
Bahan Paip /Membina pagar / Cat
Bekalan komponen elektrikal Komponen / panel kawalan
Perkakasan Peralatan / Peralatan penguasaan / selak & nat
Makmal Bahan kimia / peralatan / analisis
Peralatan pejabat  
Bekalan Pejabat  
Percetakan  
IT/ Barangan Komputer Kabel/ Perkakasan (PC, Server) / Rangkaian / Perisian / Pembaikan, penyelenggaraan & sokongan
Bahan kimia Enzim/ bahan tambahan / klorin
Kenderaan/ Fleet  
Perabot/ Penyenggaraan bangunan  
Pengubahsuaian  
Penggerak / pengangkutan