Pengenalan

abt-section-1

... Syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan syarikat pembetungan nasional yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk semua rakyat Malaysia.

Pada tahun 1994, Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.

Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Sistem pembetungan yang moden dan efisien adalah amat penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut). Ini akan membantu negara untuk memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

 

Pada Jun 2000, sebagai testimoni seriusnya, Kerajaan telah memastikan sistem pembetungan yang teratur dan efisien dikendali dan diselenggarakan dengan jayanya. Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih semua ekuiti dalam Indah Water daripada pemilik persendirian terdahulu.

Kini, Indah Water berada di kedudukan yang baik untuk memikul tugas penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati persekitaran yang bersih dan sihat menerusi sistem pembetungan yang diselenggarakan dengan baik.

 
 
 
 

Nilai-nilai Teras

 
icon-core-v-14

Integriti

Indahan sentiasa mengamalkan tadbir urus korporat dan etika yang baik dalam melunaskan tanggungjawab profesional dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

icon-core-v-16

Kekitaan

Semangat kekitaan mendorong Indahan supaya mengamalkan kebijaksanaan mengenai segala bidang dan skop pengurusan air sisa (perancangan, reka bentuk, pembinaan, perundangan, operasi, penyelenggaraan, latihan, perundingan, pengebilan, pengutipan dan perkhidmatan pelanggan), dalam merealisasikan visi sebagai syarikat air sisa terunggul.

 

Anugerah

2019
 

Esri Malaysia GeoInnovation Award

Malaysia Water Industry Outstanding Achievement Award 2019

MARIM-Risk Management Team of the Year 2019-First Runner Up

2018
 

KWSP – Majikan Terbaik (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018)

MWA – Batu Feringghi Sewage Treatment Plant (Best Sewage Treatment Plant)

The Water Efficiency Awards @ The Golden Globe Tigers Award

2017
 

Malaysia Canada Business Council 25th Anniversary Business Excellence Award 2017 – Good Corporate Governance

Leadership Award for Water & Wastewater Efficiency

2016
 

MWA Water Industry Achievement Award 2016 (Best Sewage Treatment Plant Award)

2015
 

The Inaugural Asean PR Excellence Award 2015 (Bronze Award for Media Relations)

2014
 

ACCA Malaysia Sustainability Awards (MaSRA) 2014

2013
 

WaterInno Awards 2013 (The Bronze Award)

2013 Honour Award (The International Water Association)

2011
 

Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2010/2011

2010
 

ACCA Malaysia Sustainability Reporting Awards (MaSRA) 2010

2010 Waterlinks Award

Sijil Penghargaan

2009
 

ACCA Malaysia Sustainability Reporting Awards (MasRA) 2009

2006
 

Anugerah Kecemerlangan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2006

2005
 

Malaysia Water Award For Management 2005