PENGENALAN
IWK komited untuk menegakkan nilai integriti dalam semua aktiviti perniagaannya, Unit Integriti (IU) IWK ditubuhkan pada tahun 2014 setelah menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) oleh Syarikat pada tahun 2012. Penubuhan IU di IWK juga sesuai dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6/2013 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. IU melapor terus kepada Lembaga Pengarah Integriti (BIC) IWK. Pada 26 Jun 2020, IU telah ditukar nama kepada Unit Integriti & Governans (IGU) manakala BIC diubah namanya menjadi Jawatankuasa Lembaga Pengarah Integriti dan Governans (BIGC) selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti & Governans oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (2019)
Fungsi utama IGU adalah untuk menangani masalah integriti dalam organisasi dan bertanggungjawab untuk melaksanakan empat (4) fungsi teras utama berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Unit Integriti & Governans iaitu;
- 1
- Pengurusan Aduan – menerima dan bertindak atas semua aduan / maklumat mengenai jenayah rasuah dan pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam organisasi.
- 2
- Pengesanan dan Pengesahan - membuat pengesanan dan pengesahan terhadap aduan / maklumat mengenai jenayah rasuah dan pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam organisasi diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
- 3
- Pengukuhan Integriti – memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi dapat dicapai.
- 4
- Governans - memastikan tadbir urus terbaik dalam usaha memperkukuhkan integriti pegawai dan kakitangan di organisasi serta menangani isu-isu berkaitan integriti terutamanya perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
IWK MENOLAK PERLAKUAN RASUAH DALAM OPERASI SYARIKAT
Rasuah tidak dibenarkan di IWK. Kami tidak tidak akan mempengaruhi pihak lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan menawar, memberi atau menerima rasuah atau sogokan, atau dengan cara lain yang dianggap tidak beretika, menyalahi undang-undang serta boleh menjejaskan prinsip dan integriti Syarikat kami. Pekerja dan wakil Syarikat perlu menolak sebarang bentuk mahupun ruang perlakuan rasuah yang berisiko menjejaskan prinsip, etika dan reputasi Syarikat.
Kami komited terhadap pematuhan undang-undang anti-rasuah yang berkuatkuasa melalui Akta SPRM 2009, merangkumi empat kesalahan rasuah berikut:
1. Meminta/Menerima Rasuah - Seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009
2. Menawarkan/Memberi Suapan (Rasuah) - Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009
3. Mengemukakan tuntutan palsu - Seksyen 18 Akta SPRM 2009
4. Menggunakan Jawatan atau Kedudukan untuk Suapan (Rasuah) (Salah guna kuasa) - Seksyen 23 Akta SPRM 2009
Kami juga komited untuk mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai liabiliti korporat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020. Kami memastikan pematuhan melalui Garis Panduan Tatacara Mencukupi yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Malaysia di bawah Akta ini. Garis Panduan ini menggariskan lima prinsip teras yang dikenali sebagai TRUST Principles.
Kami turut memastikan pelaksanaan tatacara mencukupi melalui prinsip TRUST bagi mencegah berlakunya rasuah yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan Syarikat.
T – top level commitment
R – risk assessment
U – undertake control measures
S – systematic review, monitoring and enforcement
T – training and communication
Pelaksanaan prinsip-prinsip ini telah dijalankan, diurus, dinilai dan dikomunikasikan ke dalam operasi dan urusan perniagaan Syarikat bagi memastikan Syarikat ini sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang timbul dalam urusan bersama ejen, perunding, rakan niaga, dan juga pemegang taruh Syarikat.
POLISI BERKAITAN ANTI-RASUAH,INTEGRITI DAN ETIKA
INFO HUBUNGI
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd
- Integrity and Governance Unit, No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur