Kategori | Kadar berdasarkan bilangan pekerja |
---|---|
Premis yang menerima Perkhidmatan Tangki Septik Individu | RM 2.00 seorang sebulan |
Premis yang menerima Perkhidmatan Pembetungan Bersambung | RM 2.50 seorang sebulan |
Pelanggan perindustrian akan dikenakan caj pembetungan berdasarkan jumlah pekerja.
"Premis perindustrian" ertinya mana-mana premis yang di dalamnya aktiviti utama yang dijalankan melibatkan pembuatan, pengubahan, pengadunan, penghiasan, perkemasan atau selainnya pengawetan atau penyesuaian apa-apa barang atau bahan dengan tujuan menggunakan, menjual, mengangkut, menghantar atau melupuskan dan termasuklah pemasangan bahagian-bahagian dan pembaikan kapal tetapi tidaklah termasuk apa-apa aktiviti yang biasanya berkaitan dengan perdagangan jualan runcit atau jualan borong.