Joint Billing – W.P Labuan


Pengenalan

Salah satu strategi yang digariskan oleh pihak kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) adalah untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang berkualiti dan cekap; demi memastikan kualiti hidup yang tinggi dan menyokong pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan telah mengambil pendekatan holistik dengan mengintegrasikan perkhidmatan air dan pembetungan sebagai satu industri tunggal di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA). Seperti digariskan dalam WSIA, perkhidmatan air dan pembetungan adalah industri yang berkaitan dan membolehkan pemotongan bekalan air sekiranya bil air atau pembetungan tidak dibayar.

Pada 25 Ogos 2014, Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, telah bersetuju dengan:-

a) Implementasi Tarif Volumetrik untuk Perkhidmatan Pembetungan

b) Implementasi Bil Bersepadu dengan Operator Air negeri-negeri

Pada 20 Mac 2015, Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet yang dipengerusi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia telah menyarankan Implementasi Bil Bersepadu dijalankan mengikut tarif sedia ada. Sementara isu tarif volumetrik masih diperbincangkan, KeTTHA telah memilih WP-Labuan sebagai lokasi perintis Bil Bersepadu kerana JBA Labuan terletak di bawah pengurusan KeTTHA lantas memudahkan proses implementasi. Satu bil bersepadu yang menggabungkan caj penggunaan air dan caj perkhidmatan pembetungan akan memudahkan rakyat Labuan untuk membuat pembayaran di samping meningkatkan kecekapan kedua-dua operator utiliti. Segala maklumat asas operator utiliti akan tertera di dalam bil tersebut.

Integrated Bill Sample

1. Customer information
2. Amount of previous bills & payment
3. Meter reading
4. Details of current bill for water charge
5. Details of current bill for sewerage charge
6. Current bill
7. Arrears
8. Total

Hubungi Kami:

Untuk maklumat lanjut mengenai bil bersepadu, sila hubungi kami:

Pertanyaan Untuk Perkhidmatan IWK
Kaunter IWK
Telefon: 087-414828
Emel: care@iwk.com.my
Laman web: www.iwk.com.my

Pertanyaan/Pembayaran
Kaunter JBA Labuan
Agensi Lantikan JBA Labuan
Telefon: 087-412253 (JBA Labuan selepas waktu pejabat)