
Sistem Pembetungan
Sistem pembetungan bersambung merangkumi paip-paip pembetungan bawah tanah, stesen-stesen pam, loji-loji rawatan kumbahan dan fasiliti-fasiliti rawatan enapcemar yang lazimnya beroperasi mengikut graviti. Oleh sebab itu, loji-loji rawatan kumbahan selalunya terletak di saluran tadahan saliran supaya ia boleh mengumpulkan kumbahan dengan mudah tanpa kos pam yang tinggi.

Sistem Pembetungan Bersambung
Pelanggan perkhidmatan pembetungan bersambung mempunyai saluran paip pembetungan yang disambung terus ke loji rawatan kumbahan awam melalui rangkaian paip pembetungan di bawah tanah. IWK bertanggungjawab untuk operasi dan penyelenggaraan semua loji rawatan kumbahan awam. Loji rawatan kumbahan awam merupakan loji yang telah diserahkan kepada Kerajaan oleh pihak pemaju.

Mengeluarkan Sekatan
Perkhidmatan ini bermaksud mengeluarkan sebarang sekatan di dalam paip-paip pembetungan di dalam rumah atau kawasan premis. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini bergantung kepada ketersediaan sumber kami dan para pelanggan mempunyai pilihan untuk menghubungi kontraktor persendirian untuk mengeluarkan sekatan.